23.7 C
Kuala Lumpur
Isnin, November 29, 2021

FB

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak 2020/21

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak (SPA Sarawak) kini mempelawa pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masauntuk melakukan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak 2020/21.

Permohonanan adalah dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2020/2021.

Permohonan dibuka dari 1 September hingga 14 September (2 minggu)

Syarat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak 2020/21

Berikut adalah syarat – syarat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun ini:

  1. Merupakan anak jati Sarawak (lahir di Sarawak)
  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA daripada IPTA atau Universiti Awam (Bagi kemasukan baru sesi 2020/2021 atau yang sedang dalam pengajian)
  3. Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN atau PERUBATAN
  4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon

Sila ambil maklum bahawa:

  1. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK
  2. Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil temu duga. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40

Bagaimana untuk momohon

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my.  Anda mungkin perlu mendaftarkan Sarawak ID untuk memohon.

Anda boleh melayari https://escholarship.sarawak.gov.my atau www.psc.sarawak.gov.my untuk panduan permohonan.

Anda juga boleh menghubungi nombor dalam poster dibawah jika mahukan lebih banyak maklumat atau ada sebarang pertanyaan.

Biasiswa Kerajaan Sarawak 2020

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
69FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -