24.7 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 4, 2024

FB

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)

- Advertisement -

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) atau dikenali sebagai King’s Scholarship bertujuan untuk menaja warganegara Malaysia yang cemerlang di dalam bidang akademik dan bukan akademik bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di universiti dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Objektif utama program ini untuk memberi pengiktirafan kepada warga Malaysia yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada Negara.

BYDPA merupakan program biasiswa berprestij berbanding program-program penajaan lain dengan kelebihan daripada segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti terkemuka dunia.

Penerima BYDPA juga tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan tetapi dikehendaki berkhidmat di Malaysia dalam sebarang sektor setelah menamatkan pengajian.

Syarat-syarat Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Seseorang yang ingin memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong perlu memenuhi dua syarat awal biasiswa tersebut yakni syarat umum, dan syarat khusus.

Syarat umum adalah:

  • Warga Negara Malaysia; dan
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2024.

Syarat- syarat khusus pula adalah:

  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat
    pengajian:

    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA
      minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya
      bagi calon Sarjana; atau
    • Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan
      dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf
      dengannya bagi calon Ph.D;
  • Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian yang dinyatakan bagi tahun semasa biasiswa; atau
  • Telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian mengikut bidang pengajian yang dinyatakan bagi tahun semasa biasiswa masing-masing;
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
  • Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    • Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
    • Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga).
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.

Selain daripada syarat-syarat di atas, pemohon dalam kalangan penjawat awam masih tertakluk kepada syarat-syarat cuti belajar yang berkaitan.

Bidang pengajian yang ditaja

Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:

  1. Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  2. Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  3. Ekonomi
  4. Undang-Undang
  5. Kewangan Islam

Sub-bidang kepada bidang-bidang utama diatas biasanya akan dikeluarkan dalam lampiran berasingan oleh JPA pada setiap tahun.

Cara mohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal khas biasiswa di laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/.

Ruangan perakuan Ketua Jabatan2 di dalam borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan kepada pihak JPA bersama-sama dengan dokumen- dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D);
  2. Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
  3. Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti / institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;
  4. Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
  5. Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
  6. Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis kertas cadangan penyelidikan adalah seperti di Lampiran 4; dan
  7. Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Dokumen permohonan yang lengkap seperti di atas hendaklah dikemukakan dan
diterima oleh pihak JPA samada dalam bentuk pos atau kiriman tangan sebelum tarikh yang ditetapkan JPA.

Bagi penjawat awam, dokumen permohonan yang lengkap daripada penjawat awam hendaklah dikemukakan oleh urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) setelah diperakukan oleh PPSM masing-masing.

Untuk maklumat, anda boleh layari laman-laman di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!