Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melanjutkan sesi persekolahan 2021 hingga Februari tahun depan, mencetuskan polemik dalam kalangan pihak berkepentingan, khususnya ibu bapa.
Ini kerana berdasarkan keputusan itu, semua pelajar akan kekal dalam darjah atau tingkatan masing-masing pada Januari dan Februari tahun depan, dan hanya dibenarkan naik ke peringkat seterusnya bermula Mac 2022.
Difahamkan lanjutan sesi persekolahan itu bagi membolehkan guru menilai tahap penguasaan pelajar, khususnya yang berdepan kesukaran mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan akibat penularan COVID-19.
Langkah itu juga bertujuan memastikan pelajar bersedia sepenuhnya untuk naik kelas.
Bagaimanapun bagi ibu bapa, keputusan tersebut akan menyebabkan anak mereka menjadi “tua” atau ketinggalan dari segi usia berbanding generasi terdahulu yang persekolahannya bergerak seiring dengan umur mereka, khususnya bagi murid tahun enam yang akan meneruskan persekolahan di peringkat menengah.
Mengulas isu berkenaan, pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Bity Salwana Alias berkata tindakan KPM itu adalah rasional bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia untuk beralih ke peringkat seterusnya.
Beliau berkata keputusan itu juga berperanan sebagai ‘wake-up call’ atau peringatan kepada pelajar yang sebelum ini cukup selesa dengan ‘cuti sekolah yang panjang’ (belajar di rumah), sehingga ada yang langsung tidak risau dengan masa depan mereka kerana leka dengan “kebebasan” yang dikecapi menerusi PdPR.
BACA BERITA PENUH DI AWANI
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.