28.6 C
Kuala Lumpur
Selasa, Februari 18, 2025

FB

MySG KPM: Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah KPM

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu garis panduan yang dikenali sebagai Malaysian School Governance (MySG) bagi memastikan tadbir urus sekolah di bawah KPM beroperasi dengan baik.

MySG dalam bahasa Melayu adalah Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah dan ianya terbahagi kepada versi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

Apa itu MySG KPM?

Secara amnya, MySG KPM adalah satu garis panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik yang bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah.

Ianya dalam pada itu akan membantu menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.

Dokumen ini telah diperbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di dalam MySG pelbagai punca kuasa pada semua peringkat perjawatan dinyatakan, lengkap dengan rujukan dan panduan rasmi kepada surat pekeliling dan arahan pentadbiran yang berkaitan.

Peranan MySG di sekolah

Penyediaan garis panduan ini menambahkan lagi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan.

Disebabkan panduan di dalam MySG, PPP dan AKP akan lebih memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka secara sistematik.

Antara komponen dalam MySG yang boleh menjadi rujukan penting kepada kakitangan sekolah adalah;

  • Komponen dan subkomponen Pengurusan Sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum;
  • Pelaksana Pengurusan Sekolah dijajarkan kepada Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa;
  • Perincian tugas dan tanggungjawab Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa di sekolah;
  • Penetapan Pelaksana Pengurusan Sekolah terdiri daripada PPP sahaja atau AKP sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif;
  • Punca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah; dan
  • Bahagian-bahagian KPM yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab terhadap dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah.

Intipati MySG

Antara intipati MySG yang menjadi panduan utama bagi sekolah-sekolah KPM di seluruh negara adalah seperti Perincian Tugas Jawatankuasa Sekolah yang mana merujuk kepada senarai tugas atau perincian tugas bagi setiap jawatankuasa yang diwujudkan di Sekolah Rendah KPM.

Jawatankuasa di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan mengikut komponen pengurusan di sekolah iaitu:

  • Komponen Pengurusan dan Pentadbiran
  • Komponen Kurikulum
  • Komponen Hal Ehwal Murid
  • Komponen Kokurikulum Setiap komponen mempunyai jawatankuasa pengurusan utama dan beberapa jawatankuasa yang lain.

Selain itu, jawatankuasa pengurusan utama jawatankuasa yang mesti diwujudkan di semua sekolah (termasuk Sekolah Kurang Murid) seperti berikut:

    • Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
    • Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
    • Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
    • Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

Pemahaman bahagian – bahagian diatas akan membantu pengurusan sekolah menjalankan pengurusan sekolah dengan lebih sistematik.

Muat Turun MySG KPM

Memandangkan pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah berbeza, maka dua jenis MySG telah diwujudkan.

Bagi memuat turun MySG serta dokumen berkaitan, anda boleh ke pautan dibawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!