27.3 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 5, 2023

FB

NUTP: Sistem loker seharusnya dibiayai KPM

- Advertisement -

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju jika peruntukan untuk sekolah mewujudkan sistem lokar ditanggung oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) bukannya Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, adalah tidak adil untuk menyerahkan sepenuhnya kos penyediaan lokar kepada PIBG kerana tidak semua persatuan di sekolah berkemampuan.

“Sememangnya kita amat menyokong sekiranya kerajaan memberikan peruntukan khas pembinaan lokar di sekolah bagi membolehkan murid meninggalkan barangan yang tidak perlu dibawa pulang.

“Tidak adil jika menyerahkan tanggungjawab kepada PIBG untuk membuat lokar memandangkan terdapat lebih 10,200 buah sekolah di seluruh negara,” katanya kepada FMT.

Sambil mengakui bahawa kerajaan berdepan kekangan kewangan, namun beliau berkata, usaha mewujudkan lokar boleh dibuat secara berperingkat.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, faktor peralatan berat yang dibawa pelajar bukan sahaja melibatkan buku teks dan keperluan pembelajaran lain, sebaliknya mereka juga membawa barangan tiada kaitan dengan urusan pengajaran dan pembelajaran.

BACA BERITA PENUH DI MSN NEWS

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!