Guru yang menolak tawaran tempat tidak akan mendapat peluang lagi, namun berkata keputusan menyenarai hitam calon tersebut adalah bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dalam artikel yang dibawakan oleh TVS.
Tambah Roland Sagah, Sarawak masih menghadapi masalah kekurangan guru biarpun telah mengambil guru baharu di bawah pengambilan khas kerana setiap tahun, antara 500 hingga 1,000 kekosongan berlaku akibat faktor seperti persaraan dan peletakan jawatan.
Dalam pada masa sama, Roland Sagah juga menyatakan bahawa ramai pemohon bagi pengambilan khas baru -baru ini tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dalam pendidikan, biarpun jumlah permohonan Pengambilan Khas Guru Sarawak adalah tinggi.
Ini sekaligus menyukarkan mereka mendapat tawaran bekerja sebagai guru.
Roland juga menjelaskan bahawa secara putara, 96 peratus sekolah di Sarawak sudah mempunyai tenaga pengajar untuk subjek-subjek sedia ada dengan hanya terdapat satu kekosongan guru bagi setiap sekolah.
Oleh yang demikian, Roland menyatakan hasrat bahawa graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang bakal menamatkan pengajian dalam masa terdekat akan mengisi kekosongan yang ada.