29.9 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mac 27, 2025

FB

HONOR X9b kini hadir dengan storan 512GB

- Advertisement -

HONOR Malaysia telah melancarkan versi baharu untuk HONOR X9b yangmana memiliki storan besar, yakni 512GB.

Sebelum ini, HONOR X9b 5G dilancarkan dengan storan 256GB.

Selain dikenali dengan storan besar, peranti ini juga mencuri tumpuan ramai kerana paparan yang ultra kukuh serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga tiga hari.

Sebagai tambahan kepada storan 512GB, HONOR X9b 5G turut menawarkan RAM 20GB (fizikal 12GB dan RAM virtual 8GB).

Teknologi UFS 3.1 yang lebih canggih dari generasi sebelumnya memastikan peranti ini berfungsi pada prestasi tinggi, seterusnya mengurangkan masalah lengah ketika memuat turun fail.

Pengguna juga dapat menikmati sepenuhnya sambungan kependaman rendah 5G.

Peranti yang dinaik taraf ini boleh dibeli di laman web rasmi HONOR dan di kedai HONOR seluruh negara pada harga RM1,699.

Peranti HONOR ini ditawarkan dalam warna jingga Sunrise Orange dan hitam Midnight Black.

Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM759, termasuk HONOR Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.

Selain itu, varian 20GB RAM dengan storan 256GB kekal tersedia untuk pembelian pada harga diskaun RM1,399 di laman web HONOR untuk waktu terhad.

Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM858 yang terdiri daripada HONOR Choice Earbuds X5, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari, dan sarung telefon. Ia tersedia dalam tiga warna Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!