25.5 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Julai 20, 2024

FB

HONOR Pad 9 mula dijual esok

- Advertisement -

Tablet terbaru dari HONOR, HONOR Pad 9, akan mula dijual esok di kedai seluruh Malaysia.

Tablet ini tersedia dalam dua warna menarik iaitu Space Gray dan Cyan Lakedan didatangkan dalam dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G.

Model Wi-Fi ditawarkan pada harga RM1,499 dan akan mula dijual seluruh negara pada 28 Mac manakala model dengna 5G akan mula dijual pada 19 April kelak.

Pembelian model Wi-FI akan disertakan hadiah bernilai RM698 yang termasuk papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pen HONOR CHOICE Pencil.

HONOR Pad 9 boleh dibeli di pelbagai platform seperti laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan juga pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Antara kelebihan HONOR )ad 9 adalah ianya memiliki Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan pensijilan daripada TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan, 8 pembesar suara keliling dengan teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement, saiz storan 256GB, pemproses Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, dan bateri 8300mAh yang menyokong pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 35W.

Kebolehan HONOR Pad 9 turut dipertingkatkan dengan dua aksesori pintar iaitu papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard, pen HONOR CHOICE Pencil dan akses kepada ciri-ciri pintar seperti HONOR Connect.

Untuk membeli HONOR Pad 9 di Malaysia, anda boleh terus ke pautan di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!