27.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Julai 2, 2025

FB

KKM belum nasihat tutup sekolah kerana peningkatan Covid-19

- Advertisement -

Sekolah di Malaysia hanya akan ditutup sekiranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat nasihat untuk berbuat demikian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dipetik dalam akhbar Berita Harian sebagai berkata bahawa setakat ini KKM belum mengeluarkan pekeliling kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk berbuat demikian.

Ulasan Fadhlina hadir apabila beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak berkenaan peningkatan penularan Covid-19 yang berlaku di dunia ekoran pembukaan sekatan anti-Covid di China.

Pembukaan sekatan anti-Covid China telah menyaksikan beberapa varian baharu tular di luar sempadan China dengan varian BA.5.2 dan BF.7 kini telah dikesan berada di negara ini.

Dalam pada masa yang sama, orang awam terus dinasihatkan untuk mengamalkan langkah berjaga – jaga bagi membendung penularan virus tersebut.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!