26.4 C
Kuala Lumpur
Isnin, Mei 13, 2024

FB

Ulasan: Telefon pintar Honor X9a 5G

- Advertisement -

Hari ini Honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar Honor X9a 5G.  Jika anda merasakan anda seperti pernah membaca ulasan berkenaan telefon ini, anda hampir betul kerana kami pernah membuat ulasan berkenaan Honor X9 sebelum ini.

Walaubagaimanapun, telefon X9a 5G ini bukan sahaja lebih canggih berbanding X9, malahan mempunyai ‘kekebalan’ yang pasti dicemburui ramai telefon pintar lain.

Dibawah ini adalah spesifikasi Honor X9a.

  • Saiz skrin: 6.67-inci OLED Curved Display
  • Processor: QualcommSnapdragon 695 5G
  • RAM: 8GB + 5GB (RAM Maya)
  • Storage: 256GB
  • OS: Magic UI berasaskan Android 12
  • Berat : 175g
  • Saiz: 161.1 x 73.9 x 7.9 mm
  • Kamera depan: 16MP
  • Kamera belakang: 64MP + 5MP + 2MP
  • Batteri: 5,100mAh dengan FastCharge 40W
  • Ciri-ciri tambahan: Fingerprint scanner, skrin berketahanan tinggi

Kelebihan telefon pintar Honor X9a 5G

Biarpun jarak pengumuman Honor X9 dengan X9a 5G ini tidaklah terlalu jauh, tetapi keupayaan dan spesifikasi kedua – dua telefon pintar ini nyata amat berbeza dengan X9a 5G menampilkan lebih banyak kelebihan.

Di sini adalah kelebihan – kelebihan yang X9a 5G miliki.

  • Bateri tahan lasak – Bateri 5,100mAh X9a 5G ini boleh tahan selama dua hari dalam penggunaan biasa tetapi jika ianya tidak digunakan, ianya boleh bertahan sehingga lebih tiga hari. Pada cas 43%, ianya masih boleh digunakan selama seharian.
  • Cepat dicas – Cas selama 30 minit mampu memberikan penggunaan selama 12.5 jam.
  • Google Apps – Honor X9a 5G juga hadir dengan Google Apps dengan sistem operasi Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12. Secara umumnya, sistem operasi ini lebih ‘bersih’ dan ketangkasan ketika digunakan amat ketara.
  • Skrin melengkung – Skrin melengkung biasanya cuma hadir pada telefon premium dengan harga mahal, namun X9a 5G menawarkan skrin melengkung yang dilengkapi AI yang berupaya mengurangkan risiko tersalah tekan ketika menggunakan skrin.
  • Skrin keras – Beberapa ujian yang dilakukan (lihat video dibawah) menunjukkan skring X9a 5G ini bukan sahaja keras, tetapi tahan lasak sehinggkan ianya boleh kekal tahan kemalangan – kemalangan yang biasanya menyebabkan keretakan skrin.

  • Mampu untuk gaming – Walaupun dianggap telefon pintar yang biasa, namun telefon pintar ini boleh digunakan untuk ‘gaming’ dengan dua FIFA Mobile dan COD dimainkan tanpa lag dan juga tanpa memanaskan badan telefon pintar.
  • Storan besar – Telefon ini hadir dengan storan 256GB, cukup untuk memasang pelbagai aplikasi dan menyimpan pelbagai data dan gambar.
  • Badan premium – Biarpun dikategorikan sebagai telefon mampu milik, badan telefon X9a 5G kelihatan premium dan mahal.

Masalah telefon pintar Honor X9a 5G

Disebalik kelebihan yang dinyatakan diatas telefon pintar Honor X9a 5G ini juga mempunyai kekurangannya tersendiri.

Antaranya adalah:

  • Kualiti kamera – Biarpun gambar yang terhasil adalah memuaskan, ianya kurang memuaskan ketika video dirakam.
  • Bukan kalis air – Walaupun tahan lasak, telefon ini tidak boleh ‘kena air’ kerana inya tidak memiliki IP rating untuk ketahanan sedemikian.
  • Speaker sehala – Speaker hanya terletak di bahagian bawah telefon dan ini sedikit menggangu pengalaman ketika menonton video atau gaming.

Harga dan tempat membeli

X9a 5G ini dijual melalui laman – laman utama milik HONOR Malaysia.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1,499, dengan promosi – promosi khas pada laman di bawah.

Jika anda mahu membeli aksesori tambahan bagi melengkapkan X9a 5G anda, pautannya turut disediakan dibawah juga.  Sunguhpun demikian, dengan ketahanan skrin yang baik, saya tidak merasakan pembelian ‘screen protector’ atau ‘casing’ adalah diperlukan.

Kesimpulan

Dua kelebihan utama X9a 5G ini hadir dalam bentuk ketahanannya yang luar biasa, serta ketahanan baterinya yang menakjubkan.

Ianya dilengkapkan dengan kamera yang baik serta rekaan yang menarik.

Ini sekaligus menjadikan telefon HONOR X9a 5G ini antara telefon pintar yang berkualiti pada harga berpatutan untuk dimiliki.

Anda boleh membaca ulasan yang lebih lengkap berkenaan X9a 5G di PhoneSentral.com.
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!