HONOR sedang memperluaskan Ekosistem Peranti AI mereka, dibina atas kedudukan kukuh dalam pasaran telefon pintar dengan pelancaran HONOR Pad 10 yang ditetapkan pada 30 Mei 2025 ini.
Menurut jenama tersebut, HONOR Pad 10 direka untuk produktiviti, menampilkan Paparan Keselesaan Mata HONOR 2.5K 12.1 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan ciri perlindungan mata yang menyeluruh. Ia mempunyai bateri berkapasiti besar 10,100mAh untuk penggunaan yang lebih lama serta reka bentuk yang ringan dan ultra-nipis.
Tablet ini menyepadukan Alat Penulisan AI canggih seperti HONOR AI Notes untuk transkripsi ucapan-ke-teks dan ringkasan, serta HONOR AI Docs untuk pengurusan dokumen seperti PC. HONOR Connect membolehkan kolaborasi silang peranti yang lancar, manakala Magic Portal menawarkan pintasan aplikasi berasaskan gerak isyarat.
Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, Pad 10 juga dilengkapi dengan 16GB RAM dan 256GB storan, dan boleh berfungsi sebagai komputer riba mini dengan Papan Kekunci Bluetooth Pintar dan HONOR Pencil yang dibundel. HONOR Pad 10 boleh didapati mulai 30 Mei dengan harga RM1,499, termasuk aksesori percuma ini.
Sebagai tambahan, HONOR juga memperluaskan ekosistem pintar mereka dengan melancarkan HONOR Watch 5 Ultra dan HONOR Band 10 pada hari yang sama.

Pelancaran ini dilakukan secara dalam talian dengan HONOR Watch 5 Ultra berharga RM1,099 dan HONOR Band 10 berharga RM199.
HONOR MagicBook Pro 14 pula akan menyusul pada 13 Jun dengan harga RM4,999, dibundel bersama Microsoft 365 Personal dan sebuah Beg Galas HONOR. Untuk mendapatkan peranti-peranti ini, layari kedai rasmi HONOR di Shopee.