28.6 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 9, 2025

FB

KPM bakal perkenal Pendidikan Karakter pada 2026

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan subjek baharu, Pendidikan Karakter, bermula tahun hadapan (2026) sebagai langkah utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan perkara ini di Dewan Rakyat.

Tujuan utama subjek ini adalah untuk memperkukuh pembentukan sahsiah, jati diri, nilai moral, dan akhlak murid sejak peringkat awal persekolahan.

Pelaksanaan akan bermula di peringkat prasekolah terlebih dahulu, sebelum diperluas ke tahap yang lebih tinggi secara berperingkat. Pendidikan Karakter akan menjadi teras utama kurikulum baharu yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dengan keperibadian.

Selain itu, KPM turut mengumumkan langkah menangani isu kesihatan mental dalam kalangan murid dengan melaksanakan saringan minda sihat dua kali setahun di semua sekolah.

Murid yang dikenal pasti menghadapi tekanan atau kemurungan akan dirujuk untuk intervensi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KPM juga akan memperkukuh usaha ini melalui latihan dan program khusus untuk guru serta kaunselor di sekolah.

Sumber: Awani

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!