29.6 C
Kuala Lumpur
Khamis, Julai 3, 2025

FB

KPM belum putuskan garis panduan pakaian seragam pelajar

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi sedang mengumpul pandangan dan cadangan daripada semua pihak berkaitan garis panduan pemakaian murid ke sekolah.

Buat masa ini, pelajar dibenarkan memilih menggunakan baju-T atau pakaian seragam untuk ke sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, KPM kini mengambil pendekatan terbuka berhubung isu tersebut dan masih lagi memberi kelonggaran kepada guru dan pelajar dalam hal berkaitan pakaian ke sekolah.

Pada 3 Mei tahun lalu, KPM telah membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya mengenakan pakaian sukan untuk ke sekolah.

Hal ini berikutan cuaca panas dengan kebenaran khas itu diberi bagi mengelakkan komplikasi kesihatan, serta menambah keselesaan di kalangan kakitangan di sekolahnya.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!