26.6 C
Kuala Lumpur
Selasa, Januari 21, 2025

FB

Ulasan Servis Hosting Exabytes apabila dilanda masalah laman web

- Advertisement -

Umum tahu bahawa laman web PendidikanMalaysia.my ini adalah menggunakan servis hosting syarikat Exabytes.

Exabytes bukan sahaja sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, tetapi ianya terkenal di rantau Asia Tenggara dengan khidmat yang baik.

Selama menggunakan Servis Hosting Exabytes, laman ini jarang menghadapi masalah, dan telah berjaya berfungsi dengan baik.

Masalah laman web

Sungguhpun demikian, pada minggu ini tadi, selepas naik taraf beberapa ‘plugins’ dan juga antaramuka laman secara automatik, masalah akses ke artikel-artikel di laman ini telah berlaku.

Ini telah menyebabkan paparan seperti di bawah kelihatan setiap kali anda memasuki artikel di laman web kami.

Pihak PendidikanMalaysia.my tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, dan telah menghubungi pihak Exabytes untuk bantuan.  Ini dilakukan dengan menggunakan sistem tiket yang merupakan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk pelanggan syarikat server ini.

Exabytes tangkas membantu

Pihak Exabytes, melalui jurutekninya yang bernama Pranev, dalam pada itu telah menghubungi balik pihak PendidikanMalaysia.my dalam masa yang singkat.

Beliau telah meminta lebih banyak maklumat berlandaskan masalah yang dihadapi yang dihadapi, yakni masalah akses ke laman web.

Berpandukan masalah yang dihadapi, pihak Exabytes telah menawarkan beberapa pilihan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selesai sahaja pihak PendidikanMalaysia.my membuat pilihan, pihak Exabytes terus melakukan kerja troubleshhooting, dan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Hasilnya, laman web PendidikanMalaysia.my dapat diakses seperti sediakala, dan tanpa masalah yang dihadapi.

Tidak cukup dengan itu, pihak Exabytes juga telah memaklumkan rumusan kerja yang mereka telah lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dari situ, kami mendapat tahu bahawa masalah adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dan ketidaksesuaian plugins dengan antaramuka yang dikemaskini secara automatik oleh laman kami.

Kenapa pilih Servis Hosting Exabytes 

Disebabkan tindakan dan servis sebegini, Exabytes menjadi pilihan untuk hosting laman web PendidikanMalaysia.my selama beberapa tahun yang lepas.

Ini adalah kerana, sesebuah laman web seperti PendidikanMalaysia.my memerlukan tindakan baik pulih yang pantas apabila berlaku kerumitan pada capaiannya kerana setiap masa laman ini tidak dapat diakses, semakin kurang nilai kepercayaan kepada maklumat dan capaian pengguna ke laman ini.

Ini sekaligus mendukacitakan pengguna laman ini yang sering mengunakan PendidikanMalaysia.my sebagai laman mendapatkan informasi utama mereka.

Oleh itu, ketangkasan Exabytes membantu dalam menyelesaikan masalah hosting kami sememangnya adalah sesuatu yang kami puji dan suka, dan merupakan satu sebab kenapa kami akan terus bersama Exabytes untuk tahun-tahun akan datang.

Lain-lain servis Exabytes

Untuk makluman, Exabytes bukan sahaja menyediakan servis hosting laman web, tetapi juga turut menyediakan pelbagai servis berkaitan laman web dan dalam talian seperti mereka bentuk laman web, keselamatan siber, storan awan, pembelian domain dan banyak lagi.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!