JBL Clip4 adalah sebuah pembesar suara mini yang sesuai untuk digayakan dan dibawa ke mana – mana.
JBL secara umumnya bukan jenama asing dalm bidang audio dan ini membuatkan Clip4 ini hadir sebagai sebuah pembesar suara yang boleh dianggap berkualiti, biarpun sebelum kami mengujinya.
Rekaan
Secara amnya, rekaan JBL Clip4 ini dirasakan menarik. Terdapat pelbagai pilihan warna pembesar suara ini dan ianya mempunyai satu klip Carabiner yang mana boleh memudahkan penggunanya meletak atau menggantung pembesar suara ini di pelbagai kedudukan.
Malah, ianya juga boleh digantung pada beg, sekaligus menjadikannya seperti perhiasan beg, dan pada masa sama memudahkan ianya dibawa.
Warna pembesar suara Clip4 yang kami perolehi adalah berwarna hitam dan oren dan ianya amat menarik pada pendapat kami.
Butang- butangnya diwarnakan oren terang, dan jenama JBL jelas terpampang pada bahagian tengah pembesar suara ini.
Biarpun menarik, getah yang digunakan untuk membuat butang – butang ini tidak diketahui ketahanannya dan mungkin ianya akan tanggal selepas beberapa tahun digunakan.
Selain menarik, Clip4 juga dispesifikasikan dengan ketahanan IP67, yang bermaksud ianya kalis air dan kalis debu.
Kawalan dan penggunaan
Clip4 mudah dipasang dan diselaraskan dengan telefon pintar mahupun komputer melalui kawalan Bluetooth.
Butang kawalan ketika menggunakan pembesar suara ini juga amat baik dan senang difahami.
Di bahagian hadapan pembesar suara ini terdapat kawalan untuk menaikkan dan menurunkan suara, dgn butang-butang di bahagian belakang boleh digunakan untuk menyelaraskan pembesar suara ini dengan alat -alat Bluetooth, serta menutup dan membuka pembesar suara tersebut.
Kualiti bunyi
Dari segi kualiti bunyi, bass yang dibekalkan dirasakan baik & mencukupi.
Lagu kedengaran jelas dan suara dari lagu dan drama yang dimainkan juga sama jelas.
Satu-satunya kekurangan pembesar suara Clip4 ini adalah ketidakbolehannya mengeluarkan bunyi secara stereo dua saluran sekaligus menghadkan kepuasan apabila ianya digunakan.
Walaubagaimanapun, jika anda mahukan pembesar suara untuk menguatkan bunyi dari laptop mahupun telefon, ianya sangat sesuai kerana kekuatannya adalah amat baik.
Ketahanan bateri
JBL menyatakan bahawa bateri Clip4 boleh bertahan selama 10 jam tetapi semasa kami mengujinya, ianya hanya mampu bertahan sekitar sembilan jam.
Ianya boleh dicas dengan menggunakan kabel USB-C, dan ianya akan dicas secara penuh jika dibiarkan mengecas selama tiga jam.
Secara umumnya, bateri utk Clip4 dilihat memadai untuk penggunaan jangka pendek di bawah 10 jam. Jika anda mahu menggunakannya pembesar suara melebihi 10 jam, sebaiknya sediakan alat pengecas.
Dimana anda boleh membeli JBL Clip4
Oleh kerana JBL adalah jenama yang cukup popular, maka banyaklah JBL Clip4 tiruan.
Oleh itu, anda dinasihatkan membeli yang original dari kedai JBL yg rasmi seperti dibawah.
Kesimpulan
JBL Clip4 merupakan sebuat pembesar suara Bluetooth yang sesuai untuk mereka yang sering bergerak mahupun mengembara, tetapi masih mahukan pembesar suara yang mempunyai bunyi yang berkualiti dan jelas.
Walaupun harganya agak mahal berbanding jenama – jenama lain, namun kualitinya sememangnya baik dan memadai harga yang dikenakan.