32 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

10,000 calon SPM belum sahkan kehadiran biarpun peratus kehadiran terkini 97 peratus

- Advertisement -

Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.

Astro Awani melaporkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebagai berkata, kementeriannya masih dalam proses mengemas kini memandangkan terdapat kira-kira 10,000 calon yang belum mengesahkan kehadiran.

Fadhlina juga dipetik sebagai berkata bahawa jumlah 97 peratus tersebut dianggap ‘kehadiran yang baik’.

Jumlah ini adalah hampir setara dengan jumlah kehadiran SPM bagi tahun lepas.

Menurut laporan Sinar Harian tahun lepas, KPM juga telah mengumumkan 97% menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, dengan seramai 10,160 orang tidak hadir ke peperiksaan tersebut.

Laporan akhbar tersebut juga menyatakan jumlah ketidakhadiran calon baru pada 2023 itu adalah berkurangan berbanding sebanyak 14,858 calon atau 3.8 peratus calon baru SPM 2022 yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan itu.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!