27.7 C
Kuala Lumpur
Selasa, Jun 22, 2021

FB

150,000 komputer riba dilengkapi internet sedang diagihkan KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menjelaskan sebanyak 12,887 daripada 150,000 unit komputer riba dilengkapi akses internet selama setahun sudah diagihkan kepada murid daripada keluarga B40, setakat semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kumpulan penerima pertama menerusi projek perintis pembelajaran digital CERDIK itu membabitkan murid di 95 sekolah daripada 51 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara.

“Pengagihan 40,290 unit lagi peranti sedang berlangsung dan ia dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun ini.

“Baki 96,823 unit peranti pula Insya-Allah dijangka selesai pada akhir September 2021,” katanya pada sidang akhbar khas secara maya hari ini.

Pemberian 150,000 komputer riba untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) murid daripada keluarga B40 oleh syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) itu diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Baca berita penuh di Bharian.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
61FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!