29.7 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 24, 2025

FB

Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA RM2,000 diberi Jumaat ini

- Advertisement -

Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Jumaat, 23 Februari 2024.

Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA tersebut adalah sebanyak RM2,000 dan ianya akan turut diberikan kepada lantikan kontrak.

Pengumuman Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 itu telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 6 Februari 2024 lepas.

Selain itu, pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen, juga akan menerima insentif RM1000 daripada kerajaan.  Bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga akan diberikan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Menurut Anwar, bayaran insentif ini dibuat sementara Kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Pegawai yang tidak layak menerima Bayaran Insentif Awal

Menurut FAQ yang dipanjangkan, Penjawat awam yang telah meninggalkan perkhidmatan awam persekutuan selepas 23 Februari 2023 serta pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib atau masih dikenakan tindakan tatatertib pada tarikh agihan bayaran walaubagaimanapun tidak layak menerima Bayaran Insentif SSPA.

Pegawai yang meletak jawatan atau diberhentikan sebelum tarikh pemberian bayaran juga tidak layak mendapat bayaran tersebut.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!