28 C
Kuala Lumpur
Ahad, Jun 26, 2022

FB

Buku Teks Digital Sekolah Menengah Rendah KPM

Kebanyakan sekolah di Malaysia kini perlukan Buku Teks Digital Sekolah Menengah Rendah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi tujuan pembelajaran di rumah.

Ini adalah kerana kebanyakan sekolah menghadapi masalah untuk membekalkan buku teks kepada pelajar.

Buku teks tersebut sebenarnya telah dimuat naik oleh pihak KPM ke dalam laman web DeLIMA miliknya.

Sungguhpun demikian, saya tahu bahawa kebanyakan ibu bapa, mahupun pelajar mempunyai masalah untuk mengakses akaun tersebut disebabkan kekurangan pengetahuan dan mungkin akses kepada sistem tersebut.

Bagi mengelakkan kelewatan mendapatkan akses ke buku teks terkini yang dikeluarkan oleh KKPM, di sini saya sertakan salinan – salinan buku teks digital sekolah Malaysia untuk kegunaan pelajar sekalian.

Download Buku Buku Teks Digital Sekolah Menengah Rendah KPM

Sebelum anda memuat turun buku teks dibawah mengikut keperluan anda, anda perlukan perisian khas untuk membuka fail yang menyimpan buku.

Jika anda memuat turun semua fail secara pukal, adana akan memuat turun fail tersebut dalam bentuk ZIP. Oleh itu anda perlu melengkapkan komputer anda dengan perisian WINZIP atau WINRAR.

Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma, yakni perisian WINZIP atau WINRAR.

MUAT TURUN: Winzip | Winrar

Kedua – dua perisian ini selamat dimuat turun dan tidak mempunyai virus.

Koleksi buku teks yang saya kongsikan di bawah adalah dalam bentuk ZIP dimana anda perlu membuka fail tersebut menggunakan perisian WINRAR atau WINZIP sebelum boleh melihat kandungan fail tersebut.

Untuk melihat / membuka buku – buku digital tersebut, anda boleh menggunakan perisian Google Chrome, Microsoft Edge, atau Acrobat Reader.

Semua koleksi buku teks digital dibawah mengandungi buku – buku untuk pelbagai matapelajaran elektif dan teras di sekolah menengah.

Buku Teks Digital Sekolah Menengah Rendah KPM mengikut kelas

Memandangkan ada kekangan masa, saya tidak memecahkan buku teks sekolah menengah rendah mengikut subjek atau aras seperti sekolah menengah.

Jika di antara buku teks belum dikemaskini oleh pihak KPM, jadi saya akan memuat naiknya kemudian apabila ianya sudah ada.

Jika anda menghadapi masalah memuat turun mana – mana buku teks di atas, sila hubungi kami di Facebook.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -