Sistem DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu pelantar sehenti untuk semua keperluan pendidikan pelajar di bawah KPM.
Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
Ciri-ciri DELIMa
Secara umumnya, DELIMa adalah satu sistem yang amat baik kerana ianya menggabungkan aplikasi serta perisian yang paling popular dan berkuasa digunakan untuk pendidikan.
Ianya Disokong tiga rakan strategik utama yakni Google, Microsoft dan Apple.
Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.
Kesemua syarikat ini menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.
Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan stategik membuktikan KPM kini lebih terbuka dalam penggunaan sebarang teknologi pembelajaran.
Tambahan pula, Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).
Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.
Bagaimana mendapatkan ID dan kata laluan DELIMa KPM
ID (emel) DELIMa serta kata laluan bagi akaun DELIMa KPM dibekalkan secara percuma kepada semua guru sekolah kebangsaan, pelajar sekolah kebangsaan dan pegawai KPM.
Ianya tidak dibekalkan kepada pelajar dan guru sekolah-sekolah swasta.
Guru atau pelajar yang baru memasuki sistem persekolahan kebangsaan (sekolah kebangsaan) akan diberi ID dan kata laluan DELIMa dalam tempoh enam bulan selepas mereka memasuki sistem persekolahan kebangsaan Malaysia secara rasmi.
Maklumat DELIMa tersebut akan boleh digunakan dari sekolah rendah kebangsaan sehingga ke universiti.
Alamat email pelajar adalah sama sehingga ke alam universiti.
Login DELIMa KPM online
Anda boleh login atau log masuk ke akaun DELIMa sekiranya anda adalah pelajar di sekolah KPM (sekolah kebangsaan atau sekolah jenis/bantuan kebangsaan), merupakan warga pendidik di sekolah kebangsaan, atau merupakan pegawai KPM yang diberi akses kepada sistem ini.
Untuk login ke laman DELIMa, anda hanya perlu pergi ke laman sesawangan utama DELIMa seperti di bawah.

Kemudian, anda perlu memasukkan maklumat login yang telah diberikan kepada anda oleh pegawai pengendali/guru DELIMa sekolah anda. Anda boleh menggunakan pautan di bawah untuk login ke DELIMa.
Kandungan DELIMa KPM
DELIMa mempunyai pelbagai sumber serta rujukan. Sungguhpun demikian, hanya beberapa yang kerap digunakan.
Di bawah adalah aplikasi dan sumber rujukan yang ada disediakan.
- Bahan Interaktif
- Buku Teks Digital
- Aplikasi Bahan Interaktif
- Sumber Rujukan PdP
- Arkib Negara Malaysia -enegarawan
- Google
- Calendar
- Gmail
- Drive
- Photos
- Docs
- Slides
- Sheets
- Forms
- Keep
- Google Translate
- Chat
- Site
- Youtube
- Jamboard
- Google Education Portal
- Google Earth Studio
- Grasshopper.app Learn javascript
- Google Meet
- Interland
- Microsoft
- Dapatkan ID DELIMa 365 anda
- Welcome Kit Microsoft
- Reset Password Microsoft
- Office 365
- Word
- Excel
- Teams
- Powerpoint
- Yammer
- Sway
- One Note
- OneDrive
- Whiteboard
- Microsoft Education Portal
- Microsoft MakeCode
- Minecraft Education Edition
- Minecraft Hour of Code
- KODU Game Lab
- Powtoon Edu
- Aktiviti Guru
- UNICEF -Komuniti Guru
- Mantap BM
- Program Pembangunan Guru Baharu 2.0
- Program Transformasi Sekolah (TS)
- Unicef
- Media Education for All
- FEN-Guru Celik Kewangan
- Welcome Kit NPC Microsoft-ReadingProgress
- Kompetensi Guru-Bidang STEM
- Apple – Teachers
- #mydigitalmaker
- Unicef Komuniti Guru
- Petrosains
- Bahan AI
- Pixlr-AI Image Generator
- The Text Project
- Bard AI
- Bing AI
- Conker AI
- Perplexity
- Intro to Generative AI
- Portal HEPILI
- Peraduan
- Maxis eKelas
- Pusat Sumber
- Aktiviti Guru
- Sumber Rujukan PdP
- Bahagian Psikologi dan Kaunseling
- IAB
- BPKhas
- BPLTV
- BPM
- BSTP
- BPK
- LP
- BM
- IPGM
- ELTC
- PLAN
- BPI
Masalah dihadapi ketika menggunakan DELIMa
Berikut adalah masalah-masalah yang sering dihadapi apabila menggunakan DELIMa, serta cara penyelesaiannya adalah seperti disenaraikan di bawah.
- Tidak dapat login ke DELIMa
- Sila pastikan kata laluan dan email (nama pengguna) anda betul. Pastikan perbezaan andata 0 dan O serta tiada ruang kosong pada kata laluan dan email anda. Jika masih tidak dapat login biarpun email dan kata laluan betul, sila berhubung dengan penyelaras DELIMa anda untuk set semula kata laluan.
- Tidak dapat masuk akaun DELIMa dan sering ke akaun peribadi
- Sila gunakan ignito surfing apabila log masuk ke akaun DELIMa anda.
- Tidak tahu kata laluan/Tidak tahu ID/email
- Sila hubungi penyelaras DELIMa anda untuk mendapatkannya atau set semula kata laluan.
Untuk lebih memahami masalah-masalah berkaitan sistem DELIMa, khususnya masalah log masuk, anda boleh membaca penerangan sistem pendaftaran DELIMa pada pautan di bawah.


Comments are closed.