25.5 C
Kuala Lumpur
Selasa, Oktober 19, 2021

FB

Guru dan ibu bapa mungkin dikompaun jika terpaksa tutup akibat Covid-19

Pihak polis akan mengeluarkan kompaun kepada pihak sekolah dan ibu bapa terlibat sekiranya sekolah terpaksa ditutup akibat penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, ini bagi memastikan tanggungjawab bersama kesemua pihak iaitu sekolah, pengetua, guru-guru dan ibu bapa.

“Kita telah berbincang diperingkat task force yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Pahang yang mana kita akan melihat kepada tanggungjawab bersama sekolah, pengetua, guru-guru dan ibu bapa.

“Jika terdapat gejala atau sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana lahirnya kluster di sekolah tersebut, kemungkinan kita akan mengeluarkan kompaun kepada pengetua sekolah, selain daripada ibu bapa yang membenarkan anak mereka yang mempunyai gejala hadir ke sekolah,” katanya ketika Temubual Khas Bersama Ketua Polis Pahang Berkenaan SOP COVID-19 di PahangFM hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyebaran wabak COVID-19 ini dapat dikekang di kawasan sekolah.

“Polis melihat penyukatan suhu di pintu masuk sekolah ini tidak berapa berkesan, yang penting, ibu bapa memainkan peranan di sini. Jika melihat anak-anak mereka mempunyai gejala. tidak sihat, demam, janganlah dipaksa ke sekolah.

“Ini menyebabkan mereka membawa penyakit kepada budak-budak lain di sekolah tersebut. Jadi ingin kita nasihatkan ibu bapa, ini merupakan tanggungjawab ibu bapa sebab merekalah orang pertama melihat anak mereka sama ada sihat atau tidak untuk hadir ke sekolah pada pagi tersebut.

“Penyukatan suhu ini adalah satu alat untuk membolehkan mereka masuk ke sekolah tapi itu tidak berapa berkesan. Yang penting tanggungjawab ibu bapa,” katanya.

Menurut beliau lagi, pihak polis turut mempunyai tanggungjawab secara tidak langsung dalam penglibatan menguatkuasakan SOP di sekolah termasuk menugaskan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

“Selain itu kita turut menggerakan kereta peronda dan URB akan membuat pemantauan-pemantauan di sekolah-sekolah terutamanya di waktu-waktu sesak seperti kedatangan dan masa balik.

“Tujuannya bukan untuk mencari kesalahan namun lebih kepada memberi nasihat dan amaran mesra supaya mereka-mereka ini atau murid-murid sekolah ini dan petugas-petugas sekolah mematuhi SOP-SOP,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga telah mengarahkan PPS memberi amaran mesra kepada ibu bapa dan pihak sekolah untuk bersama memainkan peranan mereka dengan pihak polis.

“Jangan mengharapkan pihak polis sahaja untuk mengambil tindakan tetapi yang paling penting kita bersama-sama dalam menangani masalah COVID-19 yang berkemungkinan melanda sekolah-sekolah di negeri Pahang ini,” katanya

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
69FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -