Syarikat teknologi HONOR Malaysia telah melancarkan empat peranti baharu pada Khamis, 20 Julai yang lepas, dengan dua telefon pintar hadir dari Siri HONOR 90.
Empat peranti tersebut adalah telefon pintar HONOR 90 5G dan HONOR 90 5G Lite, serta tablet HONOR Pad X9 dan HONOR Pad 8 variasi terbaharu.
HONOR 90 5G
Telefon pintar Siri HONOR 90 5G diperkenalkan oleh HONOR dalam dua model yakni HONOR 90 5G dan HONOR 90 5G Lite.
Biarpun berada dalam siri sama, kedua-dua telefon pintar ini agak jauh berbeza dari segi spesifikasinya.
Kedua-dua telefon pintar ini mempunya semua ciri asas yang hampir sama, dan ini termasuklah saiz skrinnya yang berukuran 6.7-inci.
Sungguhpun demikian, ciri-ciri lain seperti kebolehan kamera, kualiti skrin, saiz bateri, pemproses utama dan ruang storan adalah bagai langit dengan bumi.
Secara umumnya, HONOR 90 5G merupakan telefon pintar yang lebih baik kerana mempunyai Kamera Super Sensing 200MP, teknologi Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang pertama di dunia, dan telah menerima Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free yang menyokong frekuensi PWM tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz.
Selain itu, HONOR 90 juga memiliki ciri-ciri Pemalapan Dinamik, teknologi Paparan Malam Sirkadia HONOR dan pilihan ruang penstoran sehingga 512GB yang dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition.
Telefon versi ini tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green dan mula akan dijual secara rasmi pada 22 Julai 2023.
Kerana pelbagai kelebihan ini, HONOR 90 juga lebih mahal pada harga RM1,799 untuk variasi 12GB/256GB dan RM2,099 untuk variasi 12GB/512GB.
HONOR 90 Lite pula ada telefon pintar asa yang juga mempunyai ciri-ciri keselesaan mata, dengan pemproses MediaTek.
Telefon 90 Lite ini hadir dengan gabungan 8GB RAM dan ruang storan 256GB.
Ianya dijual dengan warna Cyan Lake atau Midnight Black pada harga RM1,099 dan akan turut berada di pasaran Malaysia pada 22 Julai juga.
HONOR PAD
Turut diperkenalkan pada majlis pelancaran HONOR 90 adalah HONOR Pad X9 dan HONOR Pad 8.
HONOR Pad X9 adalah sebuah tablet yang memiliki paparan HONOR FullView 11.5 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh teknologi penyesuaian bunyi HONOR Histen.
Ianya menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm, dibekalkan bateri 7,250mAh, dan hadir dalam warna Kelabu Angkasa yang dikombinasikan dengan memori 4GB RAM dan 128GB ruang storan.
HONOR Pad X9 akan mula dijual pada 25 Ogos kelak, dengan harga RM1,099.
Selain HONOR Pad X9, HONOR turut mengumumkan HONOR Pad 8 yang hadir dengan kombinasi 8GB RAM serta 256GB PADA HARGA pada harga RM 1,499.
Comments are closed.