Jenama teknologi global HONOR baru – baru ini telah mengumumkan rancangan untuk menyepadukan keupayaan Google Gemini AI ke dalam barisan telefon pintar yang akan datang.
Telefon yang terkait dengan perancangan ini adalah HONOR Magic7 Pro dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR.
Kedua-dua telefon pintar ini dijangka menjadi peranti pertama menampilkan aplikasi Google Gemini pra-pasang.
Menurut HONOR, integrasi ini menandakan kemajuan penting dalam membawakan pengalaman AI yang canggih kepada pengguna mudah alih di seluruh dunia.
Pengumuman tersebut susulan kepada beberapa kejayaan kolaborasi antara HONOR dan Google, termasuk pelaksanaan ciri Circle to Search dengan Google pada HONOR Magic V3 dan Siri HONOR 200.
HONOR Magic V3 juga telah mempersembahkan pelbagai keupayaan Google Cloud AI, memanfaatkan beberapa model dan API Google Cloud AI bagi memperkayakan pengalaman pengguna yang lebih pintar sepanjang keadaan yang berbeza.
Selain itu, HONOR juga antara pengilang pertama yang menyokong Android 15 Beta, menunjukkan komitmen syarikat ini dalam menyampaikan inovasi perisian terkini kepada penggunanya. Integrasi ini telah membuka jalan kepada pelaksanaan AI yang lebih mendalam dalam barisan peranti HONOR pada masa akan datang.
Google Gemini pada siri HONOR Magic7 varian global menandakan pencapaian penting dalam perjalanan AI HONOR.
HONOR memanfaatkan model Gemini dan Imagen 3, model teks ke gambar berkualiti tinggi Google, untuk menawarkan ciri-ciri seperti HONOR AI Notes, AI Photo Expansion, AI Style, dan keupayaan AI Translation.
Aplikasi Google Gemini sebagai pembantu AI membolehkan pengguna untuk meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti mereka.
Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk membantu mereka belajar, memikirkan idea, menulis, merancang acara dan banyak lagi. Melalui teks, suara, gambar dan kamera, pengguna boleh mendapatkan bantuan dengan cara baharu.
Kolaborasi ini akan memastikan semua peranti HONOR akan datang akan terus mendapat faedah daripada kemajuan AI terkini Google, menyemai ekosistem AI yang menyeluruh bagi memperhebatkan produktiviti, kreativiti, dan kemudahan harian, semuanya dalam memartabatkan komitmen utuh HONOR ke arah privasi dan keselamatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari HONOR Malaysia secara atas talian di https://www.honor.com/my/.