Kemudahan lokar untuk pelajar Sekolah rendah kini diwujudkan dengan pemasangan kemudahan itu di sekolah – sekolah di seluruh negara.
Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin dilaporkan berkata pemasangan lokar secara berperingkat itu melibatkan 626 sekolah seluruh negara untuk murid Tahun Satu dan Dua akan siap pada hujung bulan ini.
Menurut laporan Sinar Harian, inisiatif tersebut melibatkan pembekalan sebanyak 249,626 lokar dan ianya yang merupakan satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani isu beg berat.
Inisiatif ini diumumkan pada 6 Mac lalu dengan kos keseluruhan sebanyak RM37.3 juta.
Fasa seterusnya akan melibatkan murid di Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam dimana ianya dijangka akan siap pada tahun 2023.
Isu beg berat di Sekolah Rendah sering menjadi isu dan bahan buapan ramai sebelum ini dengan KPM cuba menanganinya melalui jadual waktu anjal, dan kini dengan kemudahan lokar.