27.1 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Keputusan SPM 2020 akan diumumkan 10 Jun ini

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan dikeluarkan pada 10 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan calon boleh mula memperolehi keputusan itu bermula jam 10 pagi, manakala calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa kaedah.

Cara semakan keputusan SPM 2020

Semakan secara dalam talian talian di pautan http://myresult1.moe.gov.my/ atau http://myresult2.moe.gov.my/ juga boleh dibuat untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Calon juga boleh buat semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM[jarak]NoKP[jarak]AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis depan sehingga jam 6 petang, 17 Jun ini.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon berkenaan dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” kata KPM dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini.

Mengapa SPM 2020 lewat?

401,105 calon sekolah menduduki SPM 2020 mulai 22 Februari lalu dan mereka mencipta sejarah apabila menjadi pelajar Tingkatan 5 paling lama berada di sekolah.

Ini adalah kerana sesi persekolahan tahun 2020 terpaksa di tangguhkan beberapa kali ekoran pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia, sekaligus memaksa semua sekolah membuat sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti dengan menggunakan Google Meet.

 

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!