Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mahu Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diperkenalkan semula.
Menurut laporan Borneo Post, Presiden KGBS, Zulkiflee Sebli telah menyatakan bahawa hadir segelintir ibu bapa dan guru yang menyuarakan rasa tidak puas hati atas ketiadaan kedua – dua peperiksaan tersebut.
Zulkiflee dipetik laporan sama sebagai berkata bahawa ketiadaan peperiksaan UPSR dan PT3 menyebabkan hilangnya ‘sasaran’ bagi pelajar.
Beliau walaubagaimanapun melahirkan harapan Ujian Akhir Sesi Akademik atau UASA yang kini akan dilangsungkan akan membantu pelajar fokus semula kepada perkembangan pelajar.
UASA dikordinasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun ini dengan semua sekolah mendapat kertas peperiksaan yang dipantau oleh pihak kementerian.
Dalam pada itu, Zulkiflee tetap merasakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat keputusan terbaik bagi pelajar dibawah naungannya bagi menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa.

