26.6 C
Kuala Lumpur
Ahad, Mei 19, 2024

FB

KPM kaji punca pelajar tidak mengambil SPM

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan kajian berkenaan pelajar tidak menduduki atau mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Menurut laporan BERNAMA, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah berjanji bahawa hasil kajian tersebut akan dikongsikan dan langkah intervensi akan dibuat bagi memastikan ketidakhadiran calon SPM itu dapat diatasi pada masa hadapan.

Sebelum ini, Fadhlina telah menyatakan bahawa seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan penting itu.

Analisis KPM menunjukkan jumlah tersebut merupakan satu peningkatan berbanding SPM 2021 yang mana merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 calon berdaftar.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!