25.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 24, 2025

FB

KPM: Kertas Sejarah SPM tidak bocor

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyelesaikan siasatan mengenai dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 dan mendapati dakwaan tersebut tidak berasas.

Menurut kenyataan KPM siasatan tersebut telah mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar yang tular di media sosial.

Tangkap layar yang tersebar hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

Tiada soalan dari kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 yang dipaparkan dalam sebaran dan tangkap layar tersebut.

Oleh itu, dakwaan ini tidak memenuhi definisi kebocoran mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM.

Semua calon peperiksaan SPM dinasihatkan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!