25.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, November 11, 2024

FB

KPM umum 10 Inisiatif Untuk Memperkasa Kebajikan Guru

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan 10 Inisiatif Untuk Memperkasa Kebajikan Guru.

Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, perkara tersebut diharap dapat membantu memperkasa kebajikan guru, mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Antaranya inisiatif yang diumumkan KPM yang mendapat perhatian adalahl Program Cuti-cuti Cikgu yang mampu milik.

Program tersebut akan menawarkan potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Airasia, Traveloka, dan Bank Rakyat.

Turut dimansuhkan adalah sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis Hari Guru serta kebenaran khas kepada guru untuk mengenakan baju korporat rasmi KPM.

Disamping itu, 10 Inisiatif Untuk Memperkasa Kebajikan Guru juga menyaksikan KPM berjanji akan menambaik surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan, serta memperluaskan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan sepuluh buah sekolah lagi.

Selain itu, KPM juga mahu mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia, yakni peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam memperkasa profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru serta penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!