25 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

NUTP minta KPM fokus kepada PdPR sahaja

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan program yang tidak berkaitan supaya guru dapat memberi fokus kepada penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, fokus utama pendidikan pada ketika ini adalah memperkukuhkan lagi pelaksanaan PdPR dengan membuat perancangan yang lebih berstruktur dan tersusun.

Justeru menurut beliau, KPM perlu menilai semula pelaksanaan beberapa program yang dilihat hanya akan menambah beban serta mengganggu tumpuan guru.

“Para pendidik perlu memberi tumpuan penuh kepada PdPR kerana murid-murid dilihat masih belum mendapat pendidikan yang sempurna sejak dua tahun kebelakangan ini akibat pandemik Covid-19.

“Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kerap tergendala dan murid-murid terpaksa belajar dari rumah.

Baca berita penuh di Sinar Harian.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!