25.7 C
Kuala Lumpur
Selasa, Oktober 19, 2021

FB

Pakaian seragam sekolah tidak wajib sehingga 26 Mac

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menjelaskan bahawa pelajar sekolah rendah yang akan mula turun ke sekolah pada 1 Mac ini tidak perlu mengenakan pakaian seragam sekolah.

Menurut kenyataan KPM, pelajar dibenarkan menggunakan pakaian biasa ke sekolah jika mereka belum memperolehi pakaian seragam sekolah mereka lagi.

Sungguhpun demikian, pelajar tetap dikehendaki menggunakan pakaian sesuai dan kemas.

KPM dalam kenyataan sama menjelaskan bahawa kelonggaran berpakaian biasa tersebut digunapakai sehingga 26 Mac ini.

26 Mac merupakan tarikh cuti pertengahan penggal bermula.

KPM menjelaskan bahawa kelonggaran yang diberikan kerana keadaan semasa biarpun pelajar sepatutnya menggunakan pakaian seragam sekolah sejajar dengan ‘Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.’.

KPM menjelaskan keputusan memberikan kelonggaran berpakaian seragam sekolah dibuat selepas pihak kementerian menerima banyak pertanyaan berkenaan hal tersebut dari ibu bapa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

SourceKPM
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
69FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -