26.6 C
Kuala Lumpur
Isnin, Disember 2, 2024

FB

PDRM diminta lebih kerap memantau SOP di sekolah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Pihak polis diminta untuk hadir memantau Prosedur Operasi Standard (SOP) di sekolah secara lebih kerap.

Permintaan tersebut diutarakan oleh sekolah – sekolah dalam satu laporan oleh Utusan Borneo.

Menurut laporan tersebut, PDRM diminta hadir membuat pemantauan ketika waktu puncak.

“Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah berkaitan pematuhan terhadap SOP bagi benar-benar memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

“Ini juga akan dilaksanakan semasa pembukaan persekolahan yang akan diikuti Tahun Tiga sehingga Tahun Enam yang akan bermula 8 Mac depan,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji kepada Utusan Borneo.

Dalam perkembangan sama, sekolah rendah seluruh Sabah dilihat memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan secara menyeluruh.

Habibi Majinji berkata ini adalah hasil pemantauan semua Pegawai Perhubungan Sekolah yang turut hadir semasa hari pertama persekolahan.

“Semua Pegawai Perhubungan Sekolah bertugas hadir ke sekolah sebagai tanggungjawab bagi melaksanakan pemantauan pematuhan arahan SOP COVID-19 yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hasil pemantauan mendapati pematuhan SOP adalah ditahap seratus peratus dan Pegawai Perhubungan Sekolah sempat menyampai amanat PDRM kepada para pelajar agar mematuhi setiap SOP yang ditetapkan oleh KKM samada di dalam mahupun di luar sekolah,” katanya.

Beliau juga memuji sekolah yang dilawatinya dengan mengatakan pihak sekolah telah mematuhi SOP yang ditetapkan sebaiknya. Ini termasuklah pemeriksaan suhu badan, penggunaan hand sanitizer dan tidak duduk makan di kantin sekolah.

“Kita melihat pihak sekolah memastikan penjarakkan fizikal satu meter dan arahan berjalan di dalam kawasan sekolah adalah diamalkan dan dipatuhi warga sekolah.

“Pemeriksaan suhu badan dan penggunaan hand sanitizer adalah diwajibkan kepada setiap guru, pelajar dan kakitangan pihak sekolah termasuk pengawal keselamatan.

“Guru, pelajar dan kakitangan sekolah juga masih tidak dibenarkan untuk duduk makan di kantin sekolah,” katanya.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!