realme telah memperkenalkan telefon pintar paling tahan lasak mereka, realme C75.
Ini adalah telefon pintar pertama dalam segmennya yang menampilkan penarafan IP66, IP68, dan IP69, menunjukkan teknologi ‘Everything-Proof’ mereka.
Dengan harga hanya RM699, realme C75 dilengkapi dengan 8GB RAM Dinamik dan 256GB ROM, serta diiktiraf dengan Sijil Telefon Pintar Tahan Lasak Dunia Pertama TÜV Rheinland yang berprestij.
realme berkata bahawa telefon ini direka untuk persekitaran yang paling mencabar dan dibina dengan kemampuan AI pada tahap peringkat unggul, pengecasan pantas, dan rupa yang anggun dan premium.
![](https://i0.wp.com/pendidikanmalaysia.my/wp-content/uploads/2024/12/realme-C67-highlight.jpg?resize=696%2C392&ssl=1)
Ianya turut direka dengan ketahanan yang tiada tandingan dan prestasi bertaraf tinggi untuk memberikan nilai dan kualiti yang luar biasa.
realme C75 juga dibina untuk bertahan lama dari segi penyimpanan tenaga, menawarkan bateri 6000mAh yang merupakan bateri terbesar dalam julat harganya.
Bateri ini mampu memberi kuasa selama 24 hari masa kepada telefon pintar ini, disamping menyokong pengecasan pantas 45W.
Paparan telefon ini juga menyokong resolusi 1080P FHD dengan Paparan Halus 90Hz dengan telefon ini hanya setebal 7.99mm dan seberat 196g.
Telefon ini tersedia dalam warna Lighting Gold dan Storm Black dan boleh dibeli di Kedai Jenama realme, kedai pengedar sah, Shopee rasmi, Lazada dan Kedai TikTok.