28.6 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

Sekolah di zon merah Sarawak teruskan PdPR hingga Hari Raya

- Advertisement -

Sekolah – sekolah dalam zon merah Covid – 19 di Sarawak akan terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), termasuk sekolah swasta dan sekolah antarabangsa di zon merah harus ditutup bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.

Sekolah yang terkesan adalah sama seperti yang diumumkan pada 19 April lalu.

Ini bermakna, sekolah di zon merah Sarawak akan ditutup sehingga 13 Jun 2021 memandangkan KPM telah mengarahkan semua sekolah menjalankan PdPR selama 10 hari selepas perayaan Hari Raya selesai.

Ini akan menyaksikan pelajar hanya kembali ke sekolah untuk kelas bersemuka selepas cuti pertengahan tahun.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!