28 C
Kuala Lumpur
Ahad, Jun 26, 2022

FB

Sekolah Sukan Bukit Jalil dapat RM25.9 juta

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM25.9 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) bagi menambah baik kemudahan dan fasiliti di sekolah berkenaan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata peruntukan yang diberikan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu membolehkan sekolah berkenaan membina gelanggang serbaguna terbuka, trek sintetik serta kerja menaik taraf kemudahan sekolah yang sekali gus mampu meningkatkan semangat atlet murid untuk terus berlatih.

“KPM komited dalam memastikan prasarana sukan di sekolah ini sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan pendidikan warga SSBJ,” katanya dalam Facebook, hari ini, selepas mengadakan tinjauan ke SSBJ, hari ini.

Mengenai lawatannya ke sekolah berkenaan, Radzi berkata, SSBJ antara sekolah yang tidak asing lagi bagi atlet murid dan sudah banyak melakar sejarah serta melahirkan atlet kebangsaan dalam pelbagai jenis sukan berkualiti tinggi.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -