31.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

STU: Guru – guru risau prestasi pelajar mereka

- Advertisement -

KUCHING: Guru sekolah seluruh negara dikhabarkan kini risau akan prestasi pelajar mereka.

Menurut laporan akhbar New Sarawak Tribune, Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa terdapat harapan tinggi bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan satu cadangan bagi membolehkan penilaian pelajar dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan alternatif.

Cadangan ini adalah berikutan terdapatnya pelajar yang tidak dapat berjumpa dengan guru ataupun mendapatkan bahan untuk belajar.

Ianya juga berkaitan dengan fakta bahawa pelajar tidak ada pergi ke sekolah secara fizikal untuk satu jangkamasa yang agak lama.

“Guru – guru sememangnya sudah bersedia untuk mengajar seawal Januari lepas kerana dibawah keadaan biasa, sekolah sepatutnya sudah dibuka.” Adam dipetik berkata dalam akhbar New Sarawak Tribune.

“Kita walaubagaimanapun tidak boleh menafikan bahawa guru seluruh negara kini bimbang akan pencapaian pelajar mereka di sekolah.

“Sungguhpun demikian, saya percaya guru sudah bersedia untuk situasi seperti ini dan mereka sudah bersedia untuk memastikan sesi persekolahan kelak akan menarik minat pelajar” katanya lagi.

Adam dalam pada itu juga memuji bantuan ibu bapa yang telah memberi kerjasama semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr).

“Saya percaya ibu bapa telah memberi sokongan dan menjalankan tugas yang baik bagi memastikan anak – anak mereka dapat terus belajar di rumah sambil menunggu sekolah dibuka.”

“Guru – guru juga kini memerlukan motivasi yang tinggi, serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk mengharungi cabaran ini.

Semua orang perlu bekerjasama agar sesi persekolahan akan lebih mudah dilalui pelajar” kata Adam lagi.

Semua sekolah rendah di seluruh negara, kecuali di zon merah Sarawak telah mula menerima pelajar Tahun 1 kelmarin, dengan pelajar kelas kelas lain dijangka akan turun secara berperingkat dua minggu kemudian.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email he***@pe****************.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!