25.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 24, 2025

FB

Takwin sekolah sesi persekolahan 2021

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwin sekolah Malaysia 2021 yang terkini.

Takwin tersebut kini menyaksikan kewujudan Cuti Awal Tahun, yang mana akan berlangsung dari 1 Januari 2021 sehingga 19 Januari 2021.

KPM pada pemerhatian saya, telah bijak menyusun semula takwin 2021 agar ianya tidak akan menjejaskan tahun 2022.

Sungguhpun demikian, jika diperhatikan, cuti akhir tahun telah dikurangkan kepada hanya 22 hari.

Dengan pengurangan tersebut, sekolah kini akan bercuti hujung tahun secara rasmi pada 10 Disember 2021, namun adalah dijangkakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilangsungkan pada awal November seperti yang berlaku saban tahun.

Turut dikongsikan dalam takwin sekolah tersebut adalah cuti – cuti perayaan khas bagi sekolah – sekolah di Malaysia pada tahun hadapan.

Perayaan utama seperti Tahun Baru Cina, dan Hari Raya diberikan dua hari cuti lebih sebelum perayaan tersebut disambut, manakala Hari Gawai dan Pesta Kaamatan sudah terletak di dalam Cuti Pertengahan Tahun.

Cuti perayaan Deepavali juga diberi dua hari sebelum perayaan tersebut kecuali untuk Sarawak yang mana cuti diberi sehari lebih awal sahaja dari tarikh perayaan.

TAKWIN SEKOLAH MALAYSIA 2021 KUMPULAN A

 

TAKWIN SEKOLAH MALAYSIA 2021

TAKWIN SEKOLAH MALAYSIA 2021 KUMPULAN B

CUTI PERAYAAN DALAM KALENDAR PERSEKOLAHAN 2021

MUAT TURUN BAHAN BERKAITAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!