One by Wacom Creative Pen Tablet adalah sejenis drawing tablet (tablet lukisan) yang memberi fungsi penulisan kepada mereka yang menggunakan komputer.
Umum tahu bahawa melukis pada komputer menggunakan mouse adalah sukar, jadi drawing tablet seperti One by Wacom Creative Pen Tablet membolehkan funsi tersebut diadakan kepada mereka yang tidak mampu membeli tablet mahal seperti Samsung Galaxy Tab ataupun iPad yang jauh lebih mahal.
Tablet yang saya akan ulaskan di sini adalah versi CTL-672, yang mana merupakan One by Wacom bersaid lebih besar.
Kelebihan One by Wacom Creative Pen Tablet
Wacom One saya dapati sensitif kepada tekanan. Ini bermaksud bahawa apabila saya menggunakannya untuk menulis mahupun melukis, garisan – garisan yang saya hasilkan mempunyai ketebalan dan keadaan yang berlainan.
Ianya adalah hampir sama seperti saya menulis dengan menggunakan pen namun hadir sedikit keperluan untuk membiasakan diri dengan melihat skrin sambil tangan menulis.
Secara umumnya binaan tablet ini adalah bagus dan ianya tidak seperti mudah rosak. Keseleseaan menggunakan tablet ini agak ketara dan saya juga sukakan pennya yang bersaiz agak besar dari pen biasa.
Di bahagian tepi tablet ini terletak logo Wacom yang boleh digunakan untuk menyimpan pen yang dibekalkan untuk menulis pada tablet ini.
Spesifikasi lain One by Wacom ini adalah seperti di bawah:
- Warna: Hitam + Merah (belakang)
- Berat: 432g, + 9g (pen)
- Resolusi: 2540 lpi
- Saiz: 277 x 189 x 8.7 mm
- Kawasan aktif: 216.0 x 135.0 mm
- Punca kuasa: Mikro USB 2.0
- Bateri: Tiada
- Sistem operasi minima: Windows® 7, 8.1 dan 10 atau OS X 10.10 atau yang lebih baharu, USB-A port, talian internet untuk muat turun driver
Kekurangan One by Wacom Creative Pen Tablet
Set-up untuk One ini agak sukar terutama sekali bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya.
Sebagai pengguna kali pertama, saya terpaksa melihat tutorial dan juga video berkaitan untuk memasang tablet ini dan memastikan ianya boleh digunakan seperti yang saya kehendaki.
Untuk melakukan set-up One ini, anda boleh melihat video di bawah.
Selain daripada itu, saya juga tidak berapa gemar akan penggunaan micro-USB pada tablet ini yang saya rasakan agak ‘lapuk’ kerana kebanyakan kabel kini menggunakan USB-C.
Harga dan tempat pembelian
One by Wacom Creative Pen Tablet ini boleh dibeli dengan lebih murah di Shopee dan Lazada.
Anda juga boleh membelinya di kedai komputer berdekatan anda, namun harganya adalah jauh lebih mahal.
SEMAK HARGA One by Wacom: SHOPEE | LAZADA
Kesimpulan
Penggunaan drawing tablet seperti One ini sesuai apabila anda menggunakan Microsoft Power Point untuk melakukan persembahan (presentation) melalui Google Meets atau Zoom kerana anda boleh menulis seperti skrin komputer adalah sebuah papan tulis digital dengan menggunakan pen tersebut.
Malangnya, fungsi ini belum ada pada Google Slides.
Sungguhpun demikian, One dilihat sebuah alternatif baik kepada sesiapa yang memerlukan fungsi menulis secara digital biarpun pemasangan tablet ini pada awalnya memerlukan sedikit kebiasaan.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.