27 C
Kuala Lumpur
Ahad, Januari 19, 2025

FB

Waktu mula SPM 2020 dipinda oleh Lembaga Peperiksaan KPM

- Advertisement -

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) hari mengeluarkan kenyataan bahawa waktu mula sesi petang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari jam 2 kepada 2.15 petang.

Pindaan ini akan berkuat kuasa bermula Isnin ini hingga peperiksaan itu tamat pada 25 Mac hadapan.

LPKPM menyatakan bahawa lanjutan 15 minit itu bertujuan memberi ruang dan keselesaan kepada calon SPM untuk berehat, makan serta menunaikan solat sementara menunggu waktu peperiksaan sesi petang bermula.

“Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan KPM memohon semua pihak terbabit peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ambil perhatian serta tindakan berkaitan.

“Pindaan ini dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya LPKPM dalam kenyataan itu.

401,105 calon SPM 2020 menduduki peperiksaan bermula Isnin lalu, dengan 48,014 petugas peperiksaan dilantik untuk bertugas di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!