25.5 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Julai 20, 2024

FB

12,000 guru KEMAS bakal terima vaksin COVID-19

- Advertisement -

PENDANG: Seramai 12,000 guru di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada murid di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata pihaknya sudah membuat permohonan itu kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Guru KEMAS akan diberi keutamaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi mendapat vaksin, saya sebagai menteri jadi orang terakhir terima vaksin tidak mengapa.

“Sehingga kini, kita masih tunggu tarikh yang akan ditentukan JKJAV. Semua orang mahu suntik awal, tetapi kita perlu tunggu giliran, yang penting petugas barisan hadapan disuntik dahulu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Taman Desa Tawakkal, Hujung Keton di sini, hari ini.

Pada 25 Februari lalu, Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengumumkan, kira-kira 12,000 guru KEMAS akan menjadi antara penerima awal vaksin COVID-19.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya akan membawa cadangan supaya guru KEMAS turut menerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada Kabinet untuk diputuskan segera.

Mengulas lanjut, Dr Abd Latiff berkata, guru TABIKA dan TASKA KEMAS juga dikategorikan petugas barisan hadapan seperti guru lain.

“Saya antara individu yang duduk dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga kali seminggu.

“Ia menunjukkan betapa kerajaan serius untuk mengekang penularan COVID-19. Kerajaan sudah susun semua jadual, vaksin tidak sampai ke negara kita sekali gus, begitu juga dengan proses suntikan, ia perlu mengikut jadual,” katanya.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!