Seramai 145,580 guru seluruh negara telah menerima vaksin dos pertama.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, jumlah itu dijangka meningkat terutama apabila melibatkan guru-guru yang mengendali peperiksaan.
“Kebanyakan golongan berisiko secara umumnya (yang sudah divaksinasi). DI peringkat awal kita hantar senarai lebih 55 orang guru yang (ada penyakit) berisiko, dan kebanyakan daripadanya sudah divaksinasi.
“Selepas itu juga kita jelaskan guru diberikan keutamaan, dan alhamdulilah lebih 36 peratus daripada jumlah keseluruhan guru telah divaksinasi. Proses ini berterusan. Kita amat berharap guru-guru yang masih belum mendaftar agar terus mendaftar,” katanya dalam sidang media Pelan Pemulihan Negara Sektor Pendidikan pada Selasa.
Dalam pada itu, Radzi turut menyeru kepada guru yang telah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mendapatkan vaksin mereka berdasarkan janji temu yang ditetapkan.
BACA BERITA PENUH DI AWANI