KUALA LUMPUR: Keputusan tawaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 dijangka diperoleh hujung Julai ini.
Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi Wahi Nordin hari ini berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berusaha untuk mempercepatkan keputusan tawaran ke IPTA dan IKLA.
“Walaupun tarikh kemas kini dilanjutkan, KPT bersama IPTA dan ILKA akan berusaha mempercepatkan proses pemilihan,” ulas beliau ketika ditemuramah dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV.
Semalam, KPT mengumumkan permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga 2 Julai berbanding pada 21 Jun sebelum ini.
Mengulas mengenai pelanjutan tarikh kemas kini UPUOnline, Wahi berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira ada sesetengah calon masih berstatus ‘T’ iaitu belum menerima keputusan yang lengkap bagi mata pelajaran tertentu disebabkan faktor situasi COVID-19 ketika mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
BACA BERITA PENUH DI AWANI.
Comments are closed.