29.7 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 24, 2025

FB

30GB internet percuma sebulan untuk pembelajaran di rumah

- Advertisement -

Lima syarikat telekomunikasi utama Malaysia akan terus menawarkan data internet percuma sebanyak 1GB sehari (bersamaan 30GB sebulan) sehingga 30 April 2021.

Syarikat telekomunikasi tersebut adalah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd , Maxis Berhad, U Mobile Sdn Bhd, dan Telekom Malaysia Berhad (unifi Mobile).

Data internet percuma tersebut adalah untuk kegunaan semua rakyat Malaysia dan ianya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan, aplikasi produktiviti dan melayari laman berita.

Pemberian data internet percuma ini telah diperkenalkan sejak April 2020 melalui hampir semua rangkaian telekomunikasi Malaysia, baik untuk pelan pasca-bayar atau pra-bayar.

Ianya telah ditawarkan sebagai tambahan kepada data internet sedia ada setiap pelan telekomunikasi pengguna.

Pengguna perlu merujuk kepada syarikat telekomunikasi masing – masing untuk mengaktifkan data internet percuma yang ditawarkan itu.

Adalah difahamkan tidak semua syarikat telekomunikasi bersetuju memberikan data internet percuma sehingga 30 April 2021, jadi anda perlu merujuk kepada syarikat telekomunikasi yang anda guna sekiranya ianya bukan dalam senarai lima syarikat diatas.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!