27.7 C
Kuala Lumpur
Selasa, Jun 22, 2021

FB

Google Blogger – Terbaik untuk berjinak – jinak dengan dunia blog

Membuat blog dengan Google Blogger atau lebih dikenali sebagai Blogspot adalah satu proses yang mudah sebenarnya.

Ini adalah kerana Blogspot sudahpun diintegrasikan dengan sistem Google, dan ini secara langsung memudahkan

Kelebihan Google Blogger

Blogspot mempunyai kelebihan tersendiri berbanding aplikasi pembuatan blog lain.

Kelebihan ini telah bertambah sejak kebelakangan ini apabila Google, menambahkan fungsi yang ada pada Blogspot.

Antara kelebihan utama Google Blogspot adalah dari segi kos.  Ini adalah kerana Blogspot adalah percuma.

Apabila anda menggunakan blogspot juga, anda tidak perlu risau akan masalah berkaitan server kerana server anda disediakan oleh pihak Google.

Selain daripada itu, Blogspot juga mudah digunakan, dan anda boleh memanipulasi laman blog anda lebih laki kini.

Selain daripada itu,blogspot juga membenarkan peletakan iklan, sekaligus merupakan satu kelebihan jika anda mahu mendapatkan pendapatan pasif dari laman web anda.

Kekurangan Google Blogger

Kekurangan Foogle Blogspot hadir dari segi kekemasan laman web anda.

Walaupun Blogspot mudah dimanipulasi, tetapi ianya juga tidak sehebat aplikasi membuat laman web lain.

Keboleh-manipulasian Blogspot adalah terhad, dan ada kalanya anda perlu tahu serba sedikit berkenaan pengaturcaraan untuk melakukan perubahan pada reka bentuk blog tersebut.

Kekurangan ini boleh diatasi dengan membeli nama domain baharu dari penjual domain seperti Exabytes.

Di samping itu tema, atau ‘themes’ yang ada pada Blogspot adalah juga terhad sekaligus menyaksikan laman web atau blog jenis blogsport mudah dikesan jika pemiliknnya menggunakan tema – tema sedia ada.

Selain itu, nama domain (alamat blog anda) akan mempunyai .blogspot.com di hujungnya, dan ini kadang kala tidak menarik.

Membina laman blog baharu

Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk membina laman blogspot, anda boleh melihat caranya di tutorial cara membina laman Blogspot.

Dalam tutorial diatas, penerangan diberi secara langkah demi langkah bagi memudahkan kefahaman dan memudahkan anda membuka sebuah laman blog dengan jayanya.

Kesimpulan

Blogspot sebenarnya satu aplikasi membuat blog yang sangat berkuasa.

Dengan bantuan Google, blogspot adalah aplikasi membina blog terulung di dunia dan sering digunapakai untuk membina pelbagai jenis laman, baik blog biasa, mahupun blog yang berbentuk berita.

Oleh itu, belajar menggunakan Google Blogspot adalah sesuatu yang penting bagi pendidik, mahupun pelajar.

Ianya bukan sahaja akan membuka anda kepada arena menulis blog, tetapi juga membuat anda lebih faham akan pengaturcaraan.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
61FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!