26.8 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

36 sekolah akan dapat peruntukan khas baiki kerosakan ribut

- Advertisement -

Sebanyak 36 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut baru-baru ini akan mendapat peruntukan khas dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melakukan penyelenggaraan bagi tujuan membaiki kerosakan yang dihadapi.

Dalam laporan Utusan, KPM menyatakan bahawa perutukan penyelenggaraan itu akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dengan kadar segera.

JPWPKL, JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan juga melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Dalam kejadian kelmarin, ribut telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor dan menyebabkan kerosakan kepada 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan buah sekolah di Selangor.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!