Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru – baru ini telah mengumumkan bahawa 6,315 orang graduan telah diserap masuk ke dalam sistem pendidikan negara.
Jumlah tersebut melibatkan graduan bukan pendidikan yang akan dibawa masuk sebagai guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS).
Menurut KPM dalam satu kenyataan, kejayaan membawa masuk lebih 6,000 guru itu merupakan hasil kerjasama erat antara KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara
dapat diatasi.
Dalam perkembangan sama, KPM juga menyatakan bahawa sepanjang tahun 2023, seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik dengan seramai 9,155 orang guru telah ditempatkan di sekolah rendah manakala seramai 9,637 orang guru di sekolah menengah.
- BELI baju kerja
- LIHAT sumber berita: KPM