27.1 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Panduan tentang kad kredit serta promosi kad kredit terbaik di Malaysia

- Advertisement -

Artikel ini dibuat untuk memberi anda sedikit pengetahuan dan gambaran berkenaan kad kredit dan promosi permohonanan kad kredit terbaik di Malaysia.

Promosi Kad kredit terbaik di Malaysia

Promosi permohonan kad kredit terbaik ini akan menyaksikan anda menerima lebih ganjaran pada ketika anda membuat serta lulus permohonan kad kredit tersebut.

Kad kredit yang ada promosi terbaik ketika ini adalah disenaraikan di bawah.

  • HSBC – Menawarkan ganjaran wang tunai RM800 melalui eWallet Touch ‘n Go untuk setiap permohonan yang lulus. [MOHON KAD]
  • Standard Chartered – Menawarkan wang tunai 2x RM888 melalui DuitNow [MOHON KAD]
  • RHB – Apple Macbook Air 13″ M1 [MOHON KAD]

[Dikemaskini 16 Februari 2024]

Apa itu kad kredit?

Kad Kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang menggantikan pembayaran tunai ketika anda ingin membeli atau melanggan sesuatu.

Ianya biasanya dikategorikan mengikut aras pendapatan seseorang dimana pengguna pendapatan asas biasanya diberikan kategori Emas (Gold), aras pengguna berpendapatan sederhana diberi kad kategori Platinum, dan pengguna berpendapatan tinggi diberi kad kategori Infinite, Premier dan Signature.

Beza kad kredit dengan kad debit

Perbezaan kad kredit dengan kad debit yang paling utama adalah dari segi jumlah wang yang anda boleh gunakan.

Untuk kad kredit, and boleh membeli atau melanggan sesuatu walaupun anda tidak mempunyai wang yang mencukupi, asalkan anda di dalam linkungan had kredit kad tersebut.

Walaubagaimanapun bagi kad debit, anda mesti mempunyai wang baki yang mencukupi dalam kad tersebut untuk berbelanja dengan kad debit.

Yuran tahunan kad kredit

Setiap kad kredit biasanya mempunyai caj atau yuran tahunan namun sesetengah kad akan melakukan pengecualian bayaran (waiver) apabila anda memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sebagai contoh, kad kredit A mungkin biasa akan mengenakan yuran tahunan RM50, namun yuran tahunan ini akan dikecualikan sekiranya anda melakukan 10 transaksi dengan menggunakan kad tersebut.

Kadar faedah kad kredit

Secara amnya, bank tidak akan mengenakan faedah keatas pembelian barangan menggunakan kad kredit, namun sekiranya anda melebihi tempoh bayaran tanpa faedah yang ditetapkan, anda akan dikenakan faedah pada kadar antara 15% hingga 18% setahun.

Kebanyakan bank di Malaysia memberi tempoh 20 hari tanpa faedah bagi setiap pembelian dengan menggunakan kad kredit.

Contohnya, jika anda membelanjakan RM1,000 melalui kad kredit anda untuk membeli sesuatu, anda mempunyai 20 hari untuk melangsaikan bayaran tersebut.

Jika anda tidak membayar kad kredit anda dalam tempoh tersebut, kadar faedah 15% hingga 18% setahun akan dikenakan keatas bayaran tersebut.

Di Malaysia, terdapat tiga aras kadar faedah, dan ianya berdasarkan kecepatan anda membayar kad kredit anda dengan penuh.

  • Aras 1: Faedah 15% setahun (1.25% sebulan) – Bagi pemegang kad kredit yang membuat pembayaran balik kad secara segera dalam 12 bulan secara berturutan.
  • Aras 2: Faedah 17% setahun (1.42% sebulan) – Bagi pemegang kad kredit yang membuat pembayaran balik kad secara segera untuk 10 bulan atau lebih secara berturutan, dalam 12 bulan.
  • Aras 3: Faedah 18% setahun (1.50% sebulan) – Bagi pemegang kad kredit yang membuat pembayaran balik kad secara segera kurang dari 10 bulan dalam 12 bulan.

Pembayaran bil kad kredit anda secara konsisten dan dalam masa ditetapkan akan menyaksikan anda tidak dikenakan faedah oleh bank.

Tempoh tanpa faedah

Anda akan menikmati pembayaran kad tanpa faedah dari tarikh pengeluaran kenyataan kad kredit anda sehingga tarikh akhir pembayaran kenyataan tersebut.

Had kredit

Had kredit adalah had maksima yang anda boleh belanja dengan menggunakan kad kredit.

Pada kebiasaannya, jika anda bergaji di bawah RM3,000 had ini adalah dua kali ganda pendapatan bulanan anda.

Jika anda berpendapatan lebih dari RM3,000, anda tidak mempunyai had kredit dan boleh memiliki beberapa kad kredit dari pelbagai bank dengan had kredit berbeza.

Rangkaian kad kredit

Terdapat empat rangkaian kad kredit yang utama di Malaysia; Visa, Mastercard, American Express dan UnionPay.

Rangkaian ini bekerjasama dengan bank di Malaysia untuk mengeluarkan kad kredit kepada pengguna.

Kesimpulan

Diharapkan malumat di atas memberi sedikit gambaran berkenaan kad kredit di Malaysia serta cara penggunaannya.

Jika anda memerlukan lebih maklumat, anda boleh melayari RinggitPlus.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

3 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!