Apple telah baru – baru ini melancarkan siri telefon bimbit pintar jenis iPhone terbaharu mereka, yakni Apple iPhone 14.
Telefon serba canggih ini sememangnya amat ditunggu peminat jenama Apple, namun ramai yang mungkin tertanya – tanya apakah kelebihan telefon pintar ini berbanding model lamanya?
Di sini kami kongsikan beberapa kelebihan yang dimiliki telefon jenama Apple ini.
Kelebihan iPhone 14
Seperti kebiasaan, iPhone kali ini hadir dengan cip Bionic terbaru ciptaan Apple, cip A16. Ianya dikatakan lebih pantas dari A15 yang digunakan dalam model iPhone sebelum ini.
Sungguhpun demikian, cip ini hanya digunakan dalam iPhone Pro dan iPhone Pro Max sahaja, dengan iPhone 14 versi biasa masih menggunakan cip lama A15.
iPhone 14 walaubagaimanapun semuanya akan mempunyai apa yang dipanggil ‘Dynamic Island’ yang mana merupakan cara baharu untuk Apple menyembunyikan takik hodoh yang selalu diperkatakan ramai.
Selain itu, iPhone terbaharu ini juga mempunyai fungsi ‘Always On Display’ yang bermaksud skrin telefon tersebut akan sentiasa terpasang dan mempunyai paparan.
Turut ditambah pada iPhone kali ini adalah kebolehan mengesan kemalangan.
Dari segi kamera pula, keupayaan kamera belakang iPhone telah ditambah baik untuk varian Pro dan Pro Max, dimana kedua – duanya kini mempunyai kamera utama 48MP berbanding 12MP pada model sebelumnya.
Kamera kedua – dua telefon ini kini juga boleh mengambil video 4K pada 30 bingkai sesaat.
Komen kami
Disebalik keghairahan telefon pintar baharu Apple ini, bagi kami sebenarnya tidak banyak yang berubah berbanding iPhone 13 Pro Max, khususnya dari segi perkakasan dalam telefon pintar tercanggih Apple ini.
Kebanyakan pembaharuan yang dimiliki iPhone 14 pada hemah kami seperti satu naik taraf ‘software’ berbanding perkakasan.
Sungguhpun demikian, kelebihan pada kamera dan cip pemprosesnya mungkin boleh dijadikan justifikasi yang baik untuk membeli iPhone 14.
Kesimpulan
Apa pun, pilihan untuk membeli Apple iPhone 14 adalah di tangan anda. Berbanding telefon iPhone sebelum ini, ianya memang lebih canggih dan lebih bermutu.
Sungguhpun demikian, jika anda mempunyai bajet terhad, mungkin membeli iPhone 13 (yang kini lebih murah) adalah juga pilihan yang lebih baik.
Akhir kata, jika anda mahu membeli mana – mana telefon pintar Apple, pautannya ada dibawah.