24 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Januari 18, 2025

FB

Pelitup muka tidak lagi wajib di sekolah

- Advertisement -

Penggunaan pelitup muka tidak lagi wajib di sekolah.

Perkara ini dijelaskan Kementerian Pendidikan (KPM) susulan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung perkata tersebut baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau di luar bangunan sekolah adalah tidak lagi diwajibkan.

Sungguhpun demikian, Radzi menyatakan pemakaiannya adalah digalakkan.

“Esok sekolah-sekolah di negeri kumpulan A akan memulakan sesi persekolahan dan lusa adalah untuk negeri kumpulan B jadi ramai yang bertanya apakah ketetapan KPM berkaitan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah.

“Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan namun KPM menggalakkan pemakaiannya sewaktu berada di dalam kawasan sekolah khususnya di tempat yang ramai orang,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik ke laman media sosial hari ini.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini. Dapatkan juga buku rujukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

SourceKosmo
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

4 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!