Sebuah badan pendidikan di Sarawak mencadangkan aga sekolah ditutup untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sehingga pertengahan Mei kelak.
Menurut laporan akhbar Borneo Post, Presiden Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah Rendah Cina Swasta Bersatu Sarawak, Jonathan Chai, ianya adalah lebih baik jika semua sekolah ditutup sebulan dua lagi.
Ini adalah kerana Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, telah menjangkakan bahawa bilangan kes Covid-19 akan berkurangan kepada dua digit pada ketika itu.
Beliau juga berpendapat bahawa sekolah seharusnya cuma dibuka semula apabila keadaan pandemik telah terkawal atau majoriti populasi sudah divaksinkan untuk penyakit tersebut.
Beliau turut mempertikaikan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan sekolah dibuka semula 1 Mac ini walaupun situasi jangkitan Covid-19 negara masih lagi belum reda.
“Apabila kita menghadapi situasi seperti ini tahun lepas, kita diminta untuk menutup sekolah dan pelajar diminta belajar secara dalam talian. Mengapa secara tiba – tiba kini perancangan diubah, sedangkan versi baharu pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) baru sahaja diperkenalkan beberapa minggu lalu?” kata Jonathan kepada akhbar Borneo Post.
Jonathan juga menyatakan bahawa dia sebenarnya menjangkakan sekolah akan terus ditutup kerana KPM telah mengeluarkan garis panduan terbaharu berkenaan PdPR.
Beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa masih lagi sangsi untuk menghantar anak ke sekolah namun berharap sekolah – sekolah yang akan dibuka minggu depan akan mengikuti SOP yang ditetapkan sebaiknya.
KPM sebelum ini telah mengumumkan bahawa pelajar Tahun 1 dan Tahun dua bagi sekolah rendah akan mula kembali ke sekolah pada 1 Mac ini
Sungguhpun demikian, pada Jumaat lepas, SDMC telah mengarahkan semua sekolah di Sarawak yang berada di dalam zon merah ditutup sehingga 14 Mac untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.